Wednesday, February 22, 2012

Bicara Hati di Tunas Bakti

dear yayien,

Assalamualaikum and Good morning readers :)

Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar

Terasa kenangan semalam masih basah diingatan.Wajah-wajah penuh pengharapan mereka masih terbayang-bayang dalam mimpiku semalam. Kekuatan mereka membuatkan aku kagum.Semangat mereka membuatkan aku lebih bersemangat menghadapi hari-hari mendatang.


"Some of life's best lesson are learnt from worst time"

"kakak, esok saya akan bebas dari tahanan. Akak doakan saya yea, jadi baik! "

"Kakak, doakan saya dipermudahkan bersalin nanti. Doakan anak saya jadi anak yang baik dan solehah ye kak"

"Akak saya nak jadi solehah dan baik macam akak. Allah masih beri saya peluang tak kak?"

. . . . . . . .

Hampir sahaja aku menitiskan air mata mendengar kata-kata dari mereka. Aku mohon kepada Allah supaya aku kelihatan kuat dihadapan mereka. Ku titipkan doa itu kepada-Nya, walaupun aku tahu aku sendiri tak kuat menghadapi ujian-ujianMu ya rab.

Masih ada sinar, sayang

adik-adik Tunas Bakti yang akak sayangi kerana Allah,

Kehidupan ini tak seindah seperti pelangi di awan biru. Tapi, adik-adik percayalah warna-warni kehidupan inilah yang membuatkan kita jadi hamba Allah yang kuat. Kesilapan yang kita buat pada masa lalu sebenarnya cara Allah mendidik kita. Allah uji kita sebab Allah sayang kat kita. Jangan pernah berputus asa, sayang.

Akak juga pernah diuji.Diuji dengan cinta manusia,diuji dengan keindahan duniawi ujian demi ujian Allah beri pada akak Kadang-kala akak menangis kerana akak sedih kenapa akak tak kuat menghadapi ujian-Nya.Tapi,dik percayalah kekuatan yang akak ada pada hari ini semuanya datang dari-Nya. Ujian-ujianNya yang membuatkan akak sedar yang Allah masih sayangkan akak dan Dia masih memberi peluang kedua kepada akak.Dan Dia tidak pernah meninggalkan akak walau sesaat.

Akak nak kongsi ayat favourite akak

"Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.Sungguh Dialah yang Maha pengampun dan Maha Penyayang.
[Az-Zumar 39:53]


Beri mereka peluang

Kepada sahabat-sahabat dan rakanku, andai suatu hari nanti kamu diberi peluang untuk membantu mereka. Berilah pertolongan, nasihat, kata-kata semangat kepada mereka. Katakan pada mereka, mereka masih ada peluang kedua. Mereka masih ada masa depan yang cerah. Mereka masih punyai harapan.

Semalam, aku terbaca satu nota milik adik Syaza. Kata-kata dalam nota itu membuatkan aku benar-benar terkesan.

Ya,Allah berilah saya peluang kedua.
Saya nak jadi budak baik.
Saya nak jadi hambaMu yang setia.
Saya nak belajar rajin-rajin nak bantu keluarga saya.
Saya mesti keluar dari sini.

Usai selesai membaca tulisan dia. Aku cuba berbual dengannya. Ku renung wajahnya. Sayu. Matanya seolah-olah mengatakan sesuatu kepadaku. Mata itu menceritakan kesengsaraan yang dihadapi. Aku peluk dan cium kedua-dua pipinya. Aku perasan air matanya bergenang. Aku peluk dia agar dia tahu bahawa dia masih ada sinar.

'Awak mesti kuat. Akak doakan keputusan mahkamah berpihak kepada awak."Jaga diri baik-baik. Akak sayang awak.

. . . . . . .

Banyak lagi yang perlu dikongsi. InsyaAllah, jika ada masa saya akan update yang terbaru. InsyaAllah, saya dan kawan-kawan akan ke sana lagi untuk program motivasi bersama mereka. Doakan urusan kami dipermudahkan. Doakan semoga hati-hati mereka lembut menerima ilmu Allah.Doakan yang terbaik untuk mereka.

#Ya, Allah Kau lindungilah dan jagalah mereka untukku. Izinkan dan beriku peluang untuk berbakti kepada mereka.

with love;
love yayien




0 comments:

Post a Comment